Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RPN 2026–2035 Bakal Dilancar Selasa Ini, Perkukuh Ekosistem Pendidikan Negara

Perkukuh Ekosistem Pendidikan Negara

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 20 Januari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Perkukuh Ekosistem Pendidikan Negara

RPN akan diterajui oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM), sebagai manifestasi iltizam kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem pendidikan yang bermutu, terangkum, dan berdaya saing di peringkat global.

Menurut kenyataan bersama KPT dan KPM, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 dibangunkan melalui proses libat urus berskala besar melibatkan 181 pakar tempatan dan 8,226 pihak berkepentingan termasuk sarjana, tokoh akademik, IPT awam dan swasta, pihak industri serta wakil masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“RPTM 2026–2035 dibangunkan sebagai dokumen dinamik yang fleksibel dan responsif terhadap perubahan landskap global serta kemajuan teknologi.
“Fokus utama ialah pembangunan bakat pembina negara yang berpaksikan nilai kemanusiaan sejagat, dengan integrasi teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai pemangkin inovasi masa depan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang diketuai KPM pula menekankan tujuh teras strategik dan 49 prakarsa berimpak tinggi.

Ini termasuk peningkatan akses dan kualiti pendidikan, pembangunan potensi murid, transformasi pendidik, pemantapan prasarana, serta pengukuhan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian.

Pelaksanaan RPTM 2026–2035 dan RPM 2026–2035 secara bersepadu di bawah RPN mencerminkan keselarasan dasar pendidikan negara.

Ia bagi memastikan kesinambungan pembangunan modal insan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi, dan memantapkan peranan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi dan penyelidikan serantau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Kementerian Pendidikan Tinggi

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd