Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Pergi Tanpa Jeritan..” – Anak Ada Asma Meninggal Dunia, Bapa Dakwa Klinik Cuai

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen mencukupi semasa prosedur nebulizer, dakwa bapanya Amir Mohd.

Menerusi satu luahan di laman Facebook, anaknya yang berusia empat tahun pada mulanya hanya mengalami selesema ringan sebelum mengadu sakit perut pada tengah hari yang sebenarnya adalah sakit dada akibat serangan asma.

“Ibunya, seperti ibu-ibu lain yang tak pernah ambil mudah bila anak mengadu sakit, terus suruh nenek bawa ke klinik. Bukan panik.
Cuma berjaga-jaga.
“Di klinik, Yusuf masih bercakap. Masih dengar arahan. Masih Yusuf yang sama. Dia dapatkan rawatan oksigen. Bacaan oksigen stabil. 99. Tak ada siapa rasa takut lagi masa tu.
“Lepas lebih kurang 15 minit… bacaan oksigen tiba-tiba jatuh. 90. 91.

“Doktor dipanggil. Yusuf mula meronta. Waktu itu yusuf tak suka topeng neb. Sebelumnya hanya diam memakai topeng neb. Atuk peluk. Yusuf dipaksa untuk memakai topeng neb oleh Dr yang bertugas.
“Yusuf meronta bukan sebab tidak mahu memakai. Tapi Yusuf memang memerlukan oxygen waktu itu. Dan dalam sekelip mata… Yusuf rebah. Pengsan. Di atas riba atuk nya sendiri. Nadi berhenti. Jantung berhenti. CPR dibuat di klinik.
“Menunggu ambulans terasa terlalu lama. Terlalu, terlalu lama untuk seorang budak kecil yang sedang berjuang tanpa oxygen,” luah Amir pada Khamis.

Walaupun CPR dilakukan dan ambulans segera membawa Yusuf ke hospital, otaknya sudah mengalami kerosakan serius akibat kekurangan oksigen. Selepas hampir 30 jam rawatan intensif, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.

Amir menegaskan bahawa kehilangan anaknya bukan sahaja mengejutkan, tetapi turut membabitkan rasa kecewa terhadap pihak klinik yang telah mengakui kesilapan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anak saya tidak sakit kronik. Dia cuma ada asma biasa, yang datang dan pergi. Sesuatu yang ibu ayahnya dah biasa hadapi sejak kecil. Dia pergi secara mengejut kerana kecuaian klinik. Tiada amaran, tiada penyakit serius. Kehilangan ini amat pedih,” tambah Amir.

Kehilangan Muhammad Yusof bukan kehilangan biasa. Setiap sudut rumah, setiap mainan, setiap baju kecil menjadi pengingat akan kehadirannya yang terlalu singkat.

Namun dalam pedih itu, keluarga itu percaya pada satu janji Allah: anak yang pergi tidak hilang, dia hanya mendahului, menunggu di pintu syurga.

Sumber: Facebook Amir Mohd

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd