Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Percutian Bertukar Tragedi, Tiga Maut Dalam Kepala Air Di Sungai Sedim

Tiga individu termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki maut selepas dihanyutkan arus deras ketika fenomena kepala air melanda Sungai Sedim di Sedim Rainforest Resort, Karangan, Kedah pada petang ini.

Seorang wanita dan dua kanak-kanak maut

Memetik laporan daripada Berita Harian, dua lagi mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian yang mencetuskan operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan bomba.

Fenomena kepala air landa air terjun

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 2.27 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech dikejarkan ke lokasi.

Komander Operasi, Mohamad Yazan Yahaya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila fenomena kepala air melanda kawasan air terjun sehingga menyebabkan beberapa mangsa dihanyutkan arus deras.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pasukan bomba segera menjalankan pencarian di kawasan puncak bukit serta sepanjang aliran sungai.
“Hasil maklumat orang awam, semua tiga mangsa berjaya dikesan terapung di aliran sungai di pertengahan bukit sebelum dibawa keluar oleh pasukan bomba,” katanya.

Mayat ketiga-tiga mangsa berjaya ditemukan terapung di aliran sungai hasil maklumat yang diterima daripada orang awam sebelum dibawa keluar oleh pasukan penyelamat untuk tindakan lanjut.

Tragedi itu sekali lagi menjadi peringatan kepada orang ramai agar lebih berwaspada ketika melakukan aktiviti rekreasi di kawasan sungai, terutama ketika cuaca tidak menentu.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd