Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Penyebar Tampil Perjelas, Dakwaan LCB Dan Ustaz Nuzul Dzikri Nikah Tidak Benar

Dakwaan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella (LCB) sudah bergelar isteri ketiga kepada pendakwah Indonesia, Ustaz Nuzul Dzikri pada Aidiladha lalu adalah palsu dan tidak benar.

Menerusi satu laporan Suara.com, penyebar berita itu, Sulhidayah Syam telah tampil membuat penjelasan dan memohon maaf melalui akaun Facebook selain mengakui keliru mengenai status selebriti tersebut.

Foto: Suara.com

“Bismillah… Saya ingin meluruskan bahawa berita pernikahan Ustaz Nuzul Dzikri dan Laudya Cynthia Bella tidak benar.
“Ini jelas kesalahan kami kerana terlalu cepat menyebarkan berita hanya dengan melihat beberapa posting yang ternyata berita tersebut tidaklah benar,” katanya baru-baru ini.

Syam juga memaklumkan bahawa status mengenai khabar angin itu sudah dipadam selain memohon orang ramai agar tidak lagi menyebarkan tuduhan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: sisidunia.com

“Saya memohon ampun kepada Allah, semoga Allah mengampuni kesalahan dan kekhilafan saya,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, tular di beberapa platform media sosial mengenai status LCB yang kononnya kembali berumah tangga selain menjadi isteri ketiga Ustaz Nuzul Dzikri sejak hari raya korban bulan lalu.

Sementara itu, pelakon berusia 36 tahun itu bagaimanapun dilihat langsung tidak memberikan maklum balas mengenai perkara tersebut malah bertindak menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya.

Foto: langit7.id

Advertisement. Scroll to continue reading.

LCB pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada September 2017, namun berpisah pada Julai 2020.

Sumber: Suara.com

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd