Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Penunggang Basikal Juga Berhak Di Jalan Raya..”- PKBM Minta Polis Siasat Ancaman

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap ugutan dan ancaman terhadap penunggang basikal, susulan hantaran media sosial yang didakwa menghasut orang ramai untuk melanggar mereka secara sengaja.

Presiden PKBM, Amarjit Singh Gill menegaskan bahawa penunggang basikal juga adalah pengguna sah jalan raya dan mempunyai hak di bawah undang-undang.

“Penunggang basikal juga berhak di jalan raya… dan apa-apa kemalangan yang disengajakan kepada mana-mana penunggang basikal menggunakan kenderaan bermotor boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKBM turut memandang serius kejadian tular membabitkan pertelingkahan antara beberapa penunggang basikal dan seorang pemandu bas di Kuala Selangor baru-baru ini. Dalam kejadian itu, kedua-dua pihak dilaporkan telah membuat laporan polis.

Menurut Amarjit, aktiviti berbasikal dibenarkan di jalan raya awam kecuali terdapat larangan secara khusus melalui pewartaan atau papan tanda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, PKBM menasihatkan agar semua pihak tidak bertindak di luar batas undang-undang serta menitikberatkan aspek keselamatan dalam semua aktiviti berbasikal, sama ada untuk sukan mahupun riadah.

Artikel lain: Lelaki Dakwa Pemandu Bas Cuba Himpit, Tendang Rakan Ketika Aktiviti Berbasikal

Penunggang juga disaran mematuhi peraturan lalu lintas dan mengambil langkah keselamatan seperti memakai topi keledar, memasang lampu depan dan belakang, berpakaian cerah serta berkayuh secara satu barisan di bahu jalan atau laluan motosikal jika ada.

Tambahnya, PKBM mengingatkan penunggang supaya bersikap berwaspada dan tidak agresif dalam berkongsi jalan raya, terutamanya di kawasan yang turut dilalui kenderaan berat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, dalam video tular yang dikaitkan dengan isu ini, sekumpulan pengayuh dilihat bertengkar dengan pemandu bas sebelum dileraikan oleh anggota penguat kuasa JPJ yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd