Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Penumpang VIP Didenda, Guna Kekerasan Terhadap Pegawai Keselamatan KLIA

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam.

Penumpang VIP siram air botol pada pangawal keselamatan

penumpang vip

Namun, kejadian pada 28 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) benar-benar menguji kesabaran apabila seorang penumpang VIP bertindak di luar kawalan.

Artikel lanjut: Pelancong Thailand Dakwa Polis Indonesia Abai Laporan Telefon Hilang, Siap Layan Filem Di Balai

Tular di media sosial rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Kemboja menyiram sebotol air ke atas kepala seorang staf sekuriti KLIA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

penumpang vip

Lebih mengejutkan, mangsa yang menjadi sasaran tetap kekal tenang tanpa membalas sebarang tindakan, meskipun jelas diperlakukan dengan begitu hina.

Menurut perkongsian di TikTok @puteri.ellysha, penumpang tersebut bukan sahaja biadab di balai ketibaan, malah sejak dalam pesawat lagi sudah membuat kecoh.

Dalam klip yang dikongsi, lelaki berkenaan dilihat cuba mengasari pramugari, mengeluarkan kata-kata kesat, serta mengganggu penumpang lain yang turut berada dalam penerbangan sama.

Akibat perbuatannya yang keterlaluan,  suspek dikenali sebagai Lin Weida, 41, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

penumpang vip

Pertama, menggunakan kata-kata kesat terhadap pramugari, dan kedua, melakukan kekerasan jenayah terhadap petugas sekuriti KLIA, Sheikh Muhammad Syafiq Sh. Khalid.

Kejadian ini menjadi peringatan bahawa status VIP atau kekayaan bukanlah lesen untuk memperlekeh orang lain.  Sebaliknya, apa yang berlaku menonjolkan siapa sebenarnya yang mampu mengawal marah, bukan yang mudah hilang akal.

Sumber: TikTok @puteri.ellysha

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd