Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pensyarah Mengaku ‘Jurutaip Allah’ Didakwa, Buat Kuliah Sebar Ajaran Salah

Pengasas kumpulan zikir ‘Asmaul Husna’ yang juga merupakan bekas pensyarah, Wan Maseri Wan Mohd, 59 telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah atas pertuduhan menyebarkan ajaran salah kepada masyarakat Islam di kediamannya di Kuala Pilah.

Memetik laporan dari Sinar Harian, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Hakim Ruzita Ramli  selepas pertuduhan dibacakan.

Mengaku jurutaip Allah?

Difahamkan,  tertuduh telah menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam dengan menyatakan antara lainnya bahawa dirinya merupakan ‘Jurutaip Allah’ dan roh manusia adalah daripada ‘Zat Allah’ serta segala tindakannya adalah berdasarkan arahan terus dari Allah.

Kesalahan tersebut dilakukan pada27 Februari 2023 di kediamannya kira-kira jam 9.45 pagi. Tertuduh dan 17 pengikutnya berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan. Kebanyakannya mereka  merupakan suri rumah dan tinggal di luar Negeri Sembilan.

Susulan daripada itu, tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 dan sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun ataupun kedua- duanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, mahkamah menetapkan jaminan RM4,500 kepada seorang penjamin kakitangan awam dan 4 April depan sebagai tarikh perbicaraan.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd