Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tak Mengaku Cabul Bekas Pembaca Berita

Penolong pengurus eksekutif sebuah hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencabul kehormatan bekas pembaca berita yang juga rakan sekerjanya Julai lalu.

Tak mengaku cabul bekas pembaca berita

Tertuduh, Mohd Faizal Hussain, 53, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Memetik laporan dari Harian Metro,  Mohd Faizal didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap bekas pembaca berita berusia 54 tahun dengan cara memegang tangan mangsa dengan tujuan mencabul kehormatan di sebuah hotel pada 13 Julai lalu.

bekas pembaca berita

Kredit foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda dan sebat atau mana-mana dua seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Siti Maryam Jamilah Md Kamal dan tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Mohd Ashriee.

Siti Maryam memohon wang jaminan RM6,000 serta syarat tambahan untuk tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

“Saya difahamkan hubungan adalah rakan sekerja,” katanya.

bekas pembaca berita

Kredit foto: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minta kurangkan wang jaminan

Dalam pada itu, peguam tertuduh memohon jaminan dikurangkan RM1,500 kerana anak guamnya mempunyai enam tanggungan termasuk tiga anak masih bersekolah, isteri tidak bekerja serta ibu dan ayah yang sakit.

“Tertuduh hadir ke balai polis sebelum ini untuk memberi keterangan dan kerjasama, saya percaya anak guam tiada risiko melarikan diri.
“Tertuduh mempunyai pendapatan RM9,000 (sebulan), namun akibat digantung kerja sejak minggu lalu tertuduh hanya dibayar separuh daripada gaji itu. (Jaminan) perlu mengambil kira komitmen dan tanggungan tertuduh,” katanya.

bekas pembaca berita

Kredit foto: Sinar Harian

Pihak majistret membenarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dan syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan, selain menetapkan semula kes pada 20 November ini.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd