Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penjawat Awam Dilantik Secara Kontrak Mulai 1 Februari

Lantikan penjawat awam berkuat kuasa mulai 1 Februari ini hanya akan dilakukan secara kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan oleh kerajaan pada masa akan datang.

Dalam satu surat pekeliling bertarikh 12 Januari, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, keadah tersebut selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

Kaedah tersebut sekali gus dapat melandaikan tanggungan fisikal negara dalam tempoh jangka panjang.

“Inisiatif keadah lantikan baharu tersebut kini sedang dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan dan penambahbaikan terhadap kesediaan sistem yang terlibat.
“Susulan penetapan kaedah lantikan tetap baharu tersebut, Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa tahun ini,” katanya.

penjawat awam

Artikel lain: Kerajaan Beri Bayangan Gaji Penjawat Awam, Pencen Pesara Naik Pada 2024

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, kaedah tersebut adalah mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).

Hal lantikan yang dimaksudkan adalah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi dan melaksanakan ketetapan ini berdasarkan peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa.

Sumber: Kosmo! Online (Nurul Izzati Zaini)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd