Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penilaian Pengelasan T15 Berdasarkan Pendapatan Boleh Belanja Bersih, Lokasi Tempat Tinggal

Pengelasan rakyat berpendapatan tinggi atau lebih dikenali sebagai T15 akan ditentukan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih atau net disposable income dan lokasi tempat tinggal mereka.

Memetik laporan Sinar Harian, penilaian terhadap tangga gaji kumpulan T15 atau 15 peratus rakyat berpendapatan tinggi dijangka selesai bulan depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penentuan kadar pendapatan boleh belanja bersih tidak boleh diselaraskan secara ‘pukul rata’ tanpa mengambil kira perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) mengikut sesebuah tempat.

Foto: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, dianggarkan terdapat kira-kira 10 juta isi rumah yang perlu dinilai berdasarkan pelbagai platform pangkalan data seperti Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

“Ia tidak akan jadi satu garis untuk satu negara sebab perbelanjaan itu dia berbeza-beza kos sara hidup, berbeza-beza ikut kawasan.
“Jadi mungkin di sesuatu kawasan kalau sudah lebih RM10,000 pendapatan isi rumah, bila sudah dilihat semua dengan pendapatan boleh belanja bersih. Tapi sebab di kawasan itu RM10,000, itu memang sudah T10.
“Sebab di kawasan itu memang kos sara hidup rendah dan sebagainya. Tapi kalau di kawasan lain di Kuala Lumpur, RM10,000 tidaklah, dia tidak masuk dalam T15,” katanya

Beliau ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Banda Hilir, Melaka hari ini.

Foto: Malaysia Gazette

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, kerajaan belum memuktamadkan jumlah tangga pendapatan bagi mengklasifikasi rakyat T15 yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi kerajaan tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan demikian bagi menafikan anggapan pihak yang mentakrifkan T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi adalah isi rumah berpendapatan RM12,000 ke atas.

Foto: Sinar Harian

Tambah Rafizi, pihaknya dijangka membentangkan dapatan berhubung pengkelasan T15 kepada Kabinet dalam tempoh sebulan.

“Beri kami dalam satu bulan ini untuk melalui segala proses dengan Kementerian Kewangan. Dengan tengok kepada data yang sedia ada, dalam PADU, data-data yang lain,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yacob)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd