Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengkelasan B40, M40 & T20 Dihapuskan Secara Berperingkat Mulai Tahun Depan

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan akan menghapuskan pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai tahun depan.

Menurut laporan Buletin TV3, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan perkara tersebut telah dibincangkan dan semua pihak bakal melihat peralihan daripada subsidi blanket dan pengkelasan B40, M40 dan T20 akan dihapuskan secara berperingkat.

“Beberapa inisiatif atau dasar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini adalah berbeza berbanding dengan pendekatan yang dilakukan oleh pentadbiran sebelum ini, termasuk perkara yang membabitkan bantuan atau subsidi.
“Kerajaan juga perlu memastikan bahawa semua infrastruktur yang sedia ada dan perlu melakukan ujian perintis, sebelum mengambil keputusan berapa tahap pendapatan yang layak diberikan bantuan,” katanya.

Keputusan tersebut dilakukan bagi meminimumkan kesilapan pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan kategori gaji. Bagaimanapun, perkara tersebut perlu dilaksanakan secara berperingkat.

“Contohnya di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN), minggu ini kita sudah mula bincang mengenai simulasi, siapa yang patut dapat apa, apakah pendekatan yang akan diberikan, adakah akan diberi penambahan nilai pendapatan dan sebagainya.
“Kami akan melaksanakan satu demi satu, bantuan sosial yang disepadukan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.
“Perkara berkenaan mampu direalisasikan dengan kerjasama pelbagai agensi menerusi perkongsian dalam Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi kerajaan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Rafizi mendedahkan kerajaan akan memulakan langkah  peralihan dasar sosioekonomi berdasarkan pendapatan B40, M40 dan T20 kepada berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah, bermula Januari 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, penubuhan PADU akan mempercepatkan peralihan kerajaan untuk membangunkan program dan inisiatif berpandukan kedudukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah termasuk membabitkan subsidi bersasar.

Sumber: Buletin TV3 

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Nasional

Di sebalik seragam dan disiplin ketenteraan, tersimpan impian yang selama ini mungkin tertangguh demi tugas dan negara. Kini menerusi program Work-Based Learning (WBL) Kementerian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd