Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pengguna Jangan Bimbang! Maybank Tak Kenakan Caj Tambahan DuitNow QR

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bakal mengenakan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit pada 1 November kelak.

Bagaimanapun, menerusi laman web rasmi Maybank, pihaknya menjelaskan tidak akan melaksanakan sebarang bayaran atau caj yang berkaitan dengan DuitNow QR susulan penggunaan kaedah tersebut.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Maybank tidak akan melaksanakan sebarang bayaran berkaitan DuitNow QR.
“Ia akan berterusan sehingga dimaklumkan kelak,” tulis kenyataan itu. 

Bukan itu sahaja, Maybank turut memberi jaminan kepada semua peniaga akan menerima bayaran tanpa DuitNow QR tanpa sebarang caj tersembunyi.

“Yakinlah bahawa semua peniaga boleh terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa caj. Sebarang perubahan kepada ini akan dimaklumkan lebih awal kepada peniaga,” ujarnya lagi.

Isu Caj QR DuitNow: PayNet Jelaskan Dua Kekeliruan

Sebenarnya berkenaan e-pembayaran yang dibuat oleh pelanggan kepada mana-mana peniaga. Ini biasanya dikenakan kadar diskaun pedagang atau ‘merchant discount rate’ (MDR) yang dicaj berdasarkan peratusan nilai transaksi pembayaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang peniaga akan menerima bayaran yang dibuat oleh pelanggan mereka selepas ditolak MDR. Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian (‘waiver’) MDR pada pembayaran QR.

Mulai 1 Oktober 2023, penepian MDR untuk pembayaran QR DuitNow ini akan ditarik balik.

Yuran RM0.50 untuk urus niaga melebihi RM5,000

Sebaliknya, yuran RM0.50 untuk urus niaga melebihi RM5,000 yang dinyatakan dalam berita tersebut adalah sebenarnya untuk pemindahan dana rakan-ke-rakan’ atau ‘peer-to-peer’ daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.

Ini sama sekali tidak berkaitan dengan pembayaran QR kepada pedagang tersebut dalam perenggan di atas dan kedua-dua yuran tidak akan dikenakan untuk transaksi yang sama dalam apa-apa situasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama, Maybank

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd