Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Himpunan Ops Terjah Dibatalkan, Penganjur Dan Pengurusan Kuil Sepakat Berdamai

Himpunan sempena Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram yang dijadual berlangsung di hadapan Hospital Bukit Mertajam esok akhirnya dibatalkan selepas penganjur dan pihak pengurusan kuil mencapai kata sepakat untuk berdamai.

Penganjur dan pengurusan kuil berdamai

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, keputusan itu dibuat selepas wakil Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus) dan pengurusan Kuil Sri Dewi Muniswarar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk berbincang lebih setengah jam dengan disaksikan Ketua Polis daerah, Helmi Aris pagi tadi.

Pengerusi Surplus, Sophian Mohd. Zain berkata, pihaknya bersetuju untuk tidak memanjangkan isu tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang, apatah lagi kuil berkenaan dijadual mengadakan perayaan tahunan pada esok hari.

“Kami pada mulanya bercadang untuk turun padang melihat keadaan sahaja selepas isu itu (kuil haram) ‘viral’ satu negara. Dalam hal ini, orang tak tahu macam mana keadaan apa yang berlaku di situ, apa bentuk gangguan dan sebagainya.
“Jadi, kita nak turun semata-mata untuk kita maklumkan kepada masyarakat. Namun, apabila isu ini ‘diviralkan’ di media sosial yang kononnya kita nak pergi buat perobohan kuil, maka, itu sama sekali tidak betul sebab kita cuma NGO dan kita tak ada kuasa,” katanya.

Pengurusan kuil tak mahu hal diperpanjang

Sementara itu, Pengerusi Kuil Sri Dewi Muniswarar, M. Karthikesan berkata pihaknya juga tidak mahu isu berkenaan terus dipanjangkan kerana kedua-dua pihak kini bersetuju untuk berdamai demi mengekalkan keharmonian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami membincangkan perkara ini dengan tenang. Tidak ada sebarang mogok atau bantahan yang dirancang (oleh penganut Hindu) berhubung isu yang sama,” ujar beliau.

pengurusan kuil

Terdahulu, poster mengenai himpunan tersebut tular di media sosial yang dipercayai bertujuan menggesa pihak berkuasa merobohkan kuil yang dibina berhampiran hospital berkenaan.

Artikel lain: Sami Hindu, Aktivis Berbilang Kaum Gotong-Royong Bersihkan Kuil Haram

 Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail turut menasihatkan penganjur supaya tidak meneruskan himpunan berkenaan dan memaklumkan pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya perhimpunan itu tetap diadakan selepas laporan polis dibuat.

Sumber: Utusan Malaysia (Iswan Shafiq Isa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd