Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Ini Gunung Terakhir Saya..”- Pendaki Malaysia Meninggal Dunia, Terjatuh di Rinjani

Pendaki Malaysia Meninggal Dunia

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam.

Insiden menyayat hati itu berlaku sekitar jam 1 tengah hari waktu tempatan di kawasan Banyu Urip, laluan Torean, ketika mangsa, Rennie Abdul Ghani, 57, bersama rombongan dalam perjalanan turun dari Danau Segara Anak.

Pendaki Malaysia Meninggal Dunia

Menurut Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR), kawasan kejadian sememangnya dikenali berisiko tinggi, dengan laluan curam dan mencabar yang memerlukan peralatan khas untuk operasi menyelamat.

Susulan laporan kejadian, Kantor Pencarian dan Pertolongan (SAR) Mataram segera menggerakkan pasukan dari Pos SAR Kayangan dan pejabat utama mereka di Mataram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka turut disertai oleh pasukan gabungan termasuk Tentara Nasional Indonesia (TNI), Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri), BTNGR, Emergency Medical Help Community (EMHC) Rinjani, Unit SAR Lombok Timur, malim gunung tempatan serta komuniti pendaki.

Koordinator Pos SAR Kayangan, Lalu Muhammad Hilmi, memaklumkan bahawa pasukan menyelamat membawa pelbagai kelengkapan bagi melaksanakan operasi di medan sukar.

“Usaha pemindahan kini sedang dijalankan, dan pasukan SAR gabungan berusaha sedaya upaya untuk mencapai serta memindahkan mangsa dengan selamat,” katanya.

Ketua BTNGR, Yarman, pula memaklumkan bahawa maklumat awal kejadian diterima daripada pemandu pelancong Juan Adventure Rinjani, iaitu agensi yang menguruskan ekspedisi Rennie.

Difahamkan, mangsa yang juga abang iparmasih berada di lokasi kejadian dan dijaga oleh ketua rombongan serta tiga kakitangan Juan Adventure Rinjani.

“Proses pemindahan sedang berlangsung dengan penyelarasan pelbagai agensi. Seramai 10 anggota dari Basarnas Mataram, 8 dari EMHC dan 11 dari Potensi SAR Lombok Timur terbabit dalam operasi ini,” jelasnya.

Artikel lain: Tular Video Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Rennie merupakan salah seorang daripada 23 pendaki yang memulakan ekspedisi mereka melalui laluan Sembalun pada 1 Mei lalu.

Kejadian ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti pendakian selepas beberapa insiden lain turut direkodkan sejak pembukaan semula aktiviti pendakian Gunung Rinjani pada 3 April lalu.

Pada 27 April, seorang lagi pendaki Malaysia yang dikenali dengan nama ringkas CUC turut mengalami kemalangan di laluan Sembalun ketika menuju ke Danau Segara Anak. Mangsa tergelincir kira-kira 200 meter di bawah kawasan Pelawangan dan patah kaki sebelum diselamatkan dan dibawa ke khemah kecemasan.

Sebelum itu, pada 14 April, seorang pendaki tempatan dari Bojonegoro, Jawa Timur, dikenali sebagai RBA, 22, hampir mengalami nasib sama apabila tergelincir semasa cuba mengambil tongkatnya yang terjatuh. Bagaimanapun, beliau tidak mengalami kecederaan serius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak berkuasa menggesa semua operator dan pendaki untuk mempertingkatkan langkah berjaga-jaga, mematuhi prosedur keselamatan dan memastikan kelengkapan mencukupi sebelum mendaki gunung berapi aktif yang terkenal itu.

Sumber: BH Online , Kosmo! Online (Harrith Hisham)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd