Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pempengaruh Wanita Taiwan Ditemui Maut Dalam Bilik Hotel, Namewee Akan Dipanggil Polis

Polis telah menukar klasifikasi kes kematian seorang pempengaruh wanita yang ditemui maut di sebuah hotel mewah di ibu negara bulan lalu kepada kes pembunuhan, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pempengaruh wanita Taiwan ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik mandi

Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian semula hasil siasatan awal yang sebelum ini dikategorikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Untuk makluman, laporan terdahulu diklasifikasikan sebagai SDR terhadap seorang warga Taiwan yang dijumpai tidak bernyawa di Banyan Tree Hotel Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu, kini telah ditukar kepada siasatan kes pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
pempengaruh wanita

Foto: Carian Google

Beliau memaklumkan bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta individu yang terlibat.

Walaupun pihak polis tidak mendedahkan identiti mangsa, kes tersebut dipercayai berkaitan dengan pempengaruh media sosial terkenal dari Taiwan, Hsieh Yu-hsin, atau lebih dikenali sebagai Iris Hsieh, yang turut digelar “Dewi Jururawat”.

Artikel lain: Selepas Terpalit Dengan Kematian Pempengaruh Taiwan, Namewee Ditahan Positif Empat Jenis Bahan Terlarang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kematian pempengaruh wanita itu menarik perhatian ramai selepas dilaporkan dia sedang terlibat dalam projek video bersama penyanyi rap Malaysia, Namewee sebelum dia ditemui mati.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee turut ditahan di hotel sama dan kemudian didakwa atas kesalahan memiliki serta menggunakan bahan terlarang.

Menurut laporan, Hsieh dikatakan masuk ke bilik mandi namun tidak keluar semula sebelum ditemui tidak sedarkan diri oleh Wee yang kemudiannya menghubungi talian kecemasan sekitar jam 12.30 tengahari.

pempengaruh wanita

Sebaik polis tiba di tempat kejadian , Wee dilaporkan berada di lobi hotel dan kemudiannya diiringi semula ke biliknya untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan menemui sembilan biji pil dipercayai dadah jenis ekstasi di dalam bilik tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujian air kencing terhadap Namewee menunjukkan keputusan positif terhadap beberapa jenis dadah termasuk amfetamin, methamphetamine, ketamin dan THC.

Penyanyi itu direman selama dua hari sebelum dituduh di mahkamah pada 24 Oktober lalu. Namewee mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan kes berkenaan dijadual disebut semula padap 18 Disember ini.

Susulan daripada klasifikasi kes ditukar dari SDR kepada siasatan kes bunuh, Namewee akan ditahan dalam masa terdekat.

Sumber: Malaysiakini 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd