Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Berang Tiket Blackpink Terlalu Mahal? – “Konsert Macam Tak Sampai 2 Jam!”

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Peminat kesal tiket konsert Blackpink terlalu mahal

Peminat kesal tiket konsert Blackpink terlalu mahal

Foto: Vogue

Menurut laporan Allkpop, para peminat meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui harga tiket yang dijual untuk konsert Blackpink Stadium Goyang, Korea Selatan dikatakan terlalu mahal.

Dalam pada itu, menerusi info yang sudah mula tersebar harga tiket konsert di stadium terbabit dianggarkan bakal dijual dengan harga sekitar 132,000 won (RM401) hingga 275,000 won (RM835).

Bukan itu sahaja, netizen meluahkan rasa kesal dan mula membandingkan harga tiket konsert terbabit dengan konsert Coldplay yang dipercayai jauh lebih murah.

Peminat juga berpendapat sekiranya mahu menjual tiket dengan harga yang mahal, kumpulan itu harus melakukan persembahan dengan durasi waktu lebih dua jam agar ia setimpal dengan apa yang telah dibayar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Peminat kesal tiket konsert Blackpink terlalu mahal

Foto: ELLE

“Sekurang-kurangnya BTS membuat persembahan selama tiga jam. Jika harga tiket semahal ini, maka Blackpink juga perlu menyanyi dalam tempoh yang jauh lebih panjang.
“Harga tiket yang biasanya melebihi 100,000 won pun dah boleh buat peminat marah apa lagi dengan jumah harga seperti ini.
“Konsert bermula pada pukul 8 malam, nampaknya persembahan tak sampai dua jam pun,” komen peminat.

Artikel lain: Jennie Blackpink Hadir Persembahan Lisa Di Coachella, Bukti Hubungan Masih Baik

Peminat kesal tiket konsert Blackpink terlalu mahal

Foto: Remaja

Untuk info, konsert Blackpink 2025 World Tour In Goyang akan diadakan di Stadium Goyang selama dua hari bermula 5 Julai hingga 6 Julai 2025.

Sumber: allkpop

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd