Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pemilik Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah Miliki Lebih 15 Tan Minyak Masak Tanpa Lesen

Seorang pemilik perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu 15,483 kilogram (kg) minyak masak secara borong tanpa lesen sah, tiga tahun lepas.

Pengakuan Ahmad Nizamuddin Setapa, 28, selaku Orang Kena Saman (OKS) direkodkan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Ahmad Nizamuddin didakwa memiliki 7,135 kg minyak masak paket satu kilogram cap Belanga di sebuah premis di Kampung Nibong, Beris, Bachok pada 4.40 petang 22 Nov 2022 dan 8,348 kg minyak masak paket cap Zhalily di hadapan Balai Polis Kota Bharu pada 9.15 malam 24 Nov tahun sama.

Pemilik perniagaan mengaku tidak bersalah

Pemilik perniagaan mengaku tidak bersalah

Foto: Bernama

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1), memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Siti Edabayu Subhan bersama-sama Pegawai Pendakwa Muhammadi Iman Masjuri manakala OKS diwakili peguam Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KKM Lancar Sistem Pertukaran Suka Sama Suka, Kurangkan Karenah Birokrasi Penempatan

Pemilik perniagaan mengaku tidak bersalah

Foto: Bernama

Syed Muhammad Syafiq memohon jaminan RM20,000 untuk setiap pertuduhan ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan kerana OKS menanggung isteri dan tiga anak.

Mahkamah membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan melapor diri di pejabat KPDN Kelantan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan, serta menetapkan 29 Okt untuk sebutan semula kes.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd