Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemantauan Diteruskan, NADMA Lulus RM14 Juta Peruntukan MTL Sabah Untuk Bantuan Banjir

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meluluskan permohonan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sabah bagi menggunakan baki peruntukan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 sebanyak RM14 juta untuk banjir.

Menerusi satu kenyataan di Facebook NADMA, baki peruntukan itu akan digunakan untik pemberian bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian bencana di luar musim MTL di Sabah.

Peruntukan MTL Sabah sebanyak RM14 juta untuk bantuan banjir

Peruntukan MTL Sabah Untuk Banjir

Foto: Kosmo Digital

“Jumlah ini termasuklah pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terkesan dengan banjir ini.
“Selain itu, sumbangan Bantuan Wang Ihsan Kematian (BWI Kematian) sebanyak RM10,000 diberikan kepada waris mangsa yang meninggal dunia akibat bencana banjir,” kata agensi itu.

Dalam pada itu, NADMA turut memaklumkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA yang beroperasi 24 jam setiap hari akan sentiasa memantau dan menyediakan laporan terkini situasi di Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peruntukan MTL Sabah Untuk Banjir

Foto: Bernama

“Amaran bencana seperti amaran hujan berterusan dan amaran banjir akan disampaikan kepada semua agensi tindak balas berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Ini termasuklah kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertindak sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPNB),” ujar agensi itu.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh NDCC pada 6.00 pagi , 2 Julai 2024, jumlah mangsa yang ditempatkan akibat banjir di negeri Sabah adalah seramai 464 orang dan tiga daerah yang terkesan adalah Penampang, Putatan dan Tuaran.

Peruntukan MTL Sabah Untuk Banjir

Foto: New Straits Time

Sementara itu, bencana banjir di daerah itu juga dikoordinasi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah seperti pengaktifan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), penyediaan dan keperluan bilik gerakan dan stor simpanan.

“JPBD juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memastikan keperluan mangsa di pusat penempatan diperolehi sewajarnya.
“Buat masa ini, keadaan di Sabah adalah terkawal dan koordinasi di antara agensi yang diselaraskan oleh Pegawai Daerah dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjalan dengan amat baik,” kata agensi itu.

Sumber: Facebook NADMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd