Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Rempuh Pelajar Cemerlang Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pemandu Perodua Alza yang merempuh lima kenderaan sehingga menyebabkan pelajar cemerlang, Aysar Zahran Saiful Alimin maut dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat-Ampang pada petang Ahad dibebaskan dengan jaminan polis.

Pemandu rempuh pelajar cemerlang

pelajar cemerlang

Foto: Bernama

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pemandu berusia 27 tahun itu negatif bahan terlarang selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

pelajar cemerlang

Foto: Utusan

“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya hari ini.

Naazron berkata, hasil semakan pemandu tersebut juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Artikel lain: Penjenayah Lari Dari Sekatan Jalan Raya, Nekad Rempuh Kereta Peronda Polis

Terdahulu, mangsa yang juga pelajar cemerlang dalam bidang perakaunan maut dalam kejadian tersebut selepas motosikal ditunggang tercampak lalu terjatuh ke tepi jalan.

pelajar cemerlang

Foto: Media sosial

Allahyarham yang berusia 20 tahun adalah penerima biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.

Sumber: Berita Harian (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan segera menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space yang didakwa mengandungi unsur berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd