Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Pindah Lembu Curi, Pemandu Lori Nahas FRU Mengaku Tak Salah

Pemandu Lori Nahas FRU Mengaku Tak Salah

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memindahkan dua ekor lembu curi.

Tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah memindahkan harta curi iaitu seekor lembu jantan berwarna hitam baka KK Cros dan seekor lembu jantan berwarna putih baka Brahman milik seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun daripada sebuah kebun di Kampung Keli Sungai ke Kampung Kebun Baru, Hutan Melintang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 6 petang, 14 April 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemandu Lori Nahas FRU Mengaku Tak Salah

Artikel lain: Langgar Suami Isteri: Hukuman Penjara Pemandu Nissan Navara Dinaikkan Kepada Enam Bulan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan mengendalikan kes, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hafizudin Khan Norkhan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan Rudi ditahan semula selepas dibebaskan dengan jaminan RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan berhubung kes kemalangan pada 13 Mei lalu.

Dalam nahas itu, lori yang dipandunya merempuh konvoi FRU di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik, menyebabkan sembilan anggota terbunuh. Pada Jumaat lalu, dia turut mengaku tidak bersalah bagi sembilan pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Lokal

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan keluar sebanyak 31 tong minyak diesel dalam satu operasi di...

Nasional

Kerajaan Malaysia dan Hungary memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Stipendium Hungaricum Scholarships bagi tempoh 2026 hingga 2028. Ia sekali gus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd