Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU: Masih Tiada Yang Jamin, Pemandu Lori Kekal Di Lokap

Pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih belum dijamin dan kekal ditahan di lokap Batu Gajah.

Masih tak terima sebarang ikat jamin dari pihak pemandu lori

Memetik laporan dari Bernama,  Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat menyatakan jaminan sebanyak RM6,000 masih tidak dilunaskan dan pihak berkuasa tidak menerima sebarang bayaran hingga hari ini.

“Jaminan kepada tertuduh sebanyak RM6,000 dan beliau tidak dapat bayar, kita juga tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak lain setakat ini,” katanya.

Pemandu lori akan terus ditahan hingga tarikh sebutan semula

Tertuduh, Rudi Zulkarnain Md Radi, 45, akan terus ditahan sehingga tarikh sebutan semula kes pada 17 Jun depan.

Mahkamah Majistret Teluk Intan sebelum ini telah menetapkan jumlah jaminan tersebut selepas beliau didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan tragedi berdarah yang meragut sembilan nyawa anggota FRU.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan.

pemandu lori

Tiada sebarang saksi tampil dakwa lori cuba elak kenderaan lain

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan melawat anggota FRU yang masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI). Difahamkan juga, wujud perbincangan di media sosial mengenai niat beberapa netizen untuk membantu membayar wang jaminan pemandu lori terbabit.

Mengulas lanjut, Zulkafli turut memaklumkan bahawa saksi yang mendakwa melihat pemandu lori cuba mengelak kenderaan lain di lokasi kejadian masih belum tampil.

“Sekiranya ada, pihak polis akan menerusan siasatan susulan bagi tujuan perbicaraan,” katanya. Setakat ini, seramai 16 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Artikel lain: Nahas FRU: Pemandu Lori Direman Empat Hari 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pemandu lori terbabit telah dibawa ke penjara susulan tiada sebaran wang ikat jamin diterima hingga jam 7 malam walaupun tertuduh mendakwa majikannya akan membantu membayar jaminan tersebut.

Perkara itu menjadi perdebatan ramai di media sosial apabila rata-rata berasa hiba dengan nasib tertuduh dimana majikan tidak munculkan diri ketika pekerjanya memerlukan bantuan.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd