Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Bas Lalok Direman 4 Hari, Mengaku Ambil Bahan Terlarang Sebelum Memandu

Seorang pemandu bas ekspres yang tular memandu dalam keadaan mencurigakan akhirnya ditahan dan direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka hari ini.

Pemanduan cetus kebimbangan

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, lelaki berusia 53 tahun itu sebelum ini mencetuskan kebimbangan ramai selepas video pemanduannya tersebar luas di media sosial.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Shu Yee sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Positif dadah jenis syabu

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Ahmad Abu Bakar, suspek disahkan positif dadah jenis syabu dan turut mengaku mengambil bahan terlarang itu sebelum memulakan perjalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, ketika kejadian dia sedang membawa 13 penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Johor Bahru pada sekitar jam 3.50 pagi, 15 April lalu.

Terdahulu, rakaman video berdurasi satu minit 20 saat menunjukkan pemandu terbabit memandu dalam keadaan menyandar ke belakang serta hanya memegang stereng menggunakan sebelah tangan ketika kenderaan sedang bergerak pada waktu malam.

Video tersebut kemudiannya tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial, sekali gus mengundang kemarahan masyarakat yang mempersoalkan tahap keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya lain.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd