Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pelanggan Rembayung Luah Kecewa, Dua Kali Dapat Ikan Bawal Tak Dimasak Sempurna

Pelanggan Rembayung Luah Kecewa

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming (KA).

Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang menggunakan akaun @amir_car.specialist berkata dia mengunjungi Rembayung pada slot Selasa malam, namun berdepan pengalaman kurang memuaskan apabila menu ikan bawal sambal tumis petai yang dipesan didakwa tidak masak.

Pelanggan Rembayung Luah Kecewa

Menurut individu itu, biarpun sudah membuat aduan dan kakitangan restoran menggantikan ikan yang baharu, keadaan sama masih berlaku.

“Khairul Aming, saya kecewa hari ini apabila datang kedai Rembayung.
“Pertamanya, ikan bawal tu keras. Minta staf tolong tukarkan. Dapat yang second pun masih tak masak,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Individu itu turut memuat naik video memaparkan isi ikan bawal yang masih kelihatan sedikit kemerahan apabila dicubit, menunjukkan bahawa ikan berkenaan masih belum masak sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, beliau memuji cara kakitangan restoran tersebut mengendalikan situasi berkenaan dengan baik dan profesional.

“Staf restoran sangat profesional dan menangani situasi dengan baik walaupun ada kekeliruan mengenai masakan ikan,” katanya lagi.

Menurut individu itu, teguran yang dibuat bukan bertujuan menjatuhkan perniagaan pempengaruh berkenaan, sebaliknya sebagai maklum balas untuk penambahbaikan, khususnya dari segi kawalan kualiti (QC) makanan.

“Sekadar mahu tegur cara QC (kawalan kualiti) makanan supaya tak ada orang terkena. Slot saya malam. Saya tak marah pun waktu ikan tu tak masak sampai dua kali.
“Cumanya teguran ni untuk KA improve more better. Saya bukan nak menjatuhkan bisnes KA. Terpulang kepada individu tu sama ada nak ambil sebagai negatif atau positif,” tulisnya lagi.

Artikel lain: Daun Jadi Punca! Syarikat Kontraktor Jelaskan Sebab ‘Banjir’ Di Rembayung

Dalam perkongsian sama, individu itu turut memuat naik gambar bil pembayaran, namun menu ikan bawal sambal tumis petai tidak tersenarai.

Malah, kelihatan pencuci mulut seperti cendol yang tidak berada dalam senarai pesanan ditanda sebagai percuma di dalam bil berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok amir_car.specialist

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd