Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon High School Musical, Venessa Hudgens Bergelar Isteri Pemain Besbol

Bintang High School Musical, Venessa Hudgens dikhabarkan telah menjadi seorang isteri apabila memilih menamatkan zaman bujangnya dengan pemain besbol,  Cole Tucker.

Diadakan secara tertutup

Memetik laporan dari US Weekly, Venessa telah berkahwin di Tulum, Mexico dan acara diadakan secara tertutup pada 2 Disember 2023.

Gambar pelakon berkenaan dengan gaun berwarna putih ditepi pantai tanpa menggunakan kasut telah tular di media sosial.

High School Musical

Pelakon High School Musical kenal suami 3 tahun lalu

Difahamkan, pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama tiga tahun dan mula berkenalan secara virtual sewaktu pandemik tempoh hari memandangkan masing-masing mengikuti kumpulan meditasi yang dibuat secara zoom.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekitar Februari lalu, pasangan berkenaan telah memuat naik momen bahagia di Instagram apabila Venessa dilamar pasangannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Venessa juga pernah mengakui bahawa dialah yang  mengejar cinta Cole ketika muncul dalam program The Drew Barrymore Show pada Mei 2021.

Untuk rekod, pelakon berkenaan pernah membintangi High School Musical bergandingan dengan Zac Efron.

Artikel lain: Zac Efron Akui Buat Pembedahan Plastik, Rahang Patah Akibat Terlanggar Bucu Air Pancut

Pasangan pelakon itu juga dikhabarkan menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih namun tidak kekal lama apabila masing-masing membawa haluan sendiri selepas 10 bulan bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: US Weekly

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd