Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan Simpan 12 Pasport Asing Di Pinggang Seluar, Pegawai Imigresen Disiasat

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan pihaknya telah menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai imigresen di Pejabat Operasi terminal 2 KLIA pada 1 Januari 2025.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata satu kertas siasatan integriti telah dibuka dan pegawai terbabit sudah ditukar ke Depoh Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pegawai imigresen disiasat atas dakwaan simpan 12 pasport asing

Pegawai Imigresen Disiasat

Foto: MSN

Walaubagaimanapun, pegawai terbabit tidak hadir melaporkan diri ke tempat bertugas yang baharu sehingga kini namun proses siasatan masih dilaksanakan oleh Bahagian Integriti JIM KLIA.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“JIM tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti yang mencemarkan nama baik dan imej jabatan.
“Tindakan dan hukuman akan diambil berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tindakan buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Artikel lain: Terjatuh Ketika Ambil Bola, Dua Pelajar Hilang Di Sungai Perak Disahkan Lemas

Simpan 12 pasport asing, pegawai imigresen disiasat

Dalam pada itu, JIM mengalu-alukan orang awam untuk melaporkan salah laku integriri Pegawai Imigresen melalui talian 03-880 1246 atau melalui e-mel [email protected] atau hadir sendiri ke Aras 4, Bahagian Integriti, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.

Sumber: Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd