Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pearly-Thinaah Tempah Slot Suku Akhir Masters Malaysia 2025

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah meneruskan aksi cemerlang mereka apabila berjaya melangkah ke suku akhir Masters Malaysia 2025 selepas menewaskan pasangan dari Thailand, Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapas Sukklad, dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, sebentar tadi.

Menurut laporan Berita Harian, pasangan yang kini berada di ranking keempat dunia itu tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk menundukkan gandingan di kedudukan ke-85 dunia dengan kemenangan straight set, 21-13, 21-15, dalam masa 37 minit.

Foto: Berita Harian

Kejayaan ini bukan sahaja meneruskan momentum positif mereka selepas muncul juara Terbuka Thailand minggu lalu, malah meningkatkan lagi keyakinan menjelang aksi suku akhir esok.

Walaupun ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasangan, Pearly-Thinaah jelas lebih dominan di gelanggang dengan permainan yang kemas dan bertenaga.

Menurut Thinaah, masih ada ruang untuk penambahbaikan meskipun mencatat kemenangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya fikir secara keseluruhannya kami tidak begitu berpuashati tetapi saya fikir masih ada ruang untuk peningkatan terutama dalam memberi fokus. Jadi, saya fikir, itu adalah sesuatu yang sangat kami perlukan dan bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Di peringkat suku akhir, mereka bakal berdepan cabaran lebih sengit apabila dijadual menentang pasangan pilihan kelima dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Amalia Cahaya Pratiwi, yang turut mara selepas mencatat kemenangan hari ini.

Bagaimanapun, dari segi rekod pertemuan, Pearly-Thinaah mempunyai kelebihan psikologi dengan empat kemenangan daripada lima perlawanan terdahulu menentang pasangan Indonesia itu.

Pearly menegaskan bahawa fokus kepada corak permainan sendiri menjadi kunci utama.

Foto: thesun.my

“Kami hanya fokus kepada corak permainan sendiri kerana apabila dapat melakukannya, saya fikir kami akan dapat melakukannya dengan baik. Sudah tentu kami akan berbincang untuk perlawanan esok dan bersiap sedia.
“Saya fikir kesemua beregu yang kami temui sangat sukar, tidak mudah dan kebiasaannya kami hanya mengingatkan sama sendiri, tidak kiralah lawan atau kami yang mendahului, kami hanya mahu mengingatkan sesama sendiri untuk kekal fokus, kekalkan corak permainan dan berbincang bersama jurulatih.
“Jadi apa yang paling penting adalah kekal fokus,” jelasnya.

Dengan prestasi semasa yang memberangsangkan, harapan kini disandarkan kepada Pearly-Thinaah untuk terus mengharumkan nama negara di pentas Masters Malaysia 2025.

Sumber: Berita Harian (Sukhairi Tani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd