Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PDRM Sahkan Zamri Vinoth & Tamim Dahri Dipercayai Melarikan Diri Ke Thailand

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan dua individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes berkaitan ketenteraman awam dan sensitiviti agama dipercayai telah melarikan diri ke Thailand.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan pihak PDRM, Ketua Polis Negara, Mohd. Khalid Ismail menyatakan hasil risikan mendapati kedua-dua suspek iaitu Zamri Vinoth dan Tamim Dahri telah meninggalkan negara dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.

Usaha kesan mereka giat dijalankan

Menurutnya, siasatan terhadap Zamri Vinoth berhubung kenyataan penganjuran perhimpunan di pekarangan SOGO Kuala Lumpur pada 7 Februari lalu telah selesai dijalankan.

“Kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan pertuduhan akan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.
“Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, PDRM turut mengesahkan siasatan terhadap Tamim Dahri berhubung tindakan merosakkan soolam, iaitu simbol suci bagi penganut agama Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar juga telah selesai.

Menurutnya, kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah dengan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana merosakkan atau mencemarkan benda yang dianggap suci oleh mana-mana golongan agama.

“Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan terhadap Zamri Vinoth berkaitan kenyataan yang didakwa berbaur penghinaan terhadap kaum India pula telah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang untuk arahan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Kedua-dua suspek akan didakwa dalam tempoh terdekat sebaik sahaja mereka berjaya dikesan dan dibawa pulang ke negara ini,” katanya.

Artikel lain: Tamim Dahri Nafi Hina Simbol Suci Hindu, Dakwa Hanya Alih Besi Tajam – “Tak Terfikir Tu Lambang Agama”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd. Khalid menegaskan, PDRM komited dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd