Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pasport Rosmah Mansor Dikembalikan Sementara, Lawat Cucu Sakit Di Singapura

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan sementara pasport. Ia adalah atas tujuan melawat cucunya yang kini sedang sakit di Singapura.

Tiga panel hakim dipengerusikan oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah memutuskan Rosmah boleh mendapatkan semula pasportnya bermula Khamis ini sehingga 5 Mei depan.

Memetik Sinar Harian, hakim-hakim memerintahkan dokumen perjalanan Rosmah dipulangkan semula kepada mahkamah pada 10 Mei.

Peguam, Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah berkata, anak guamnya membuat permohonan berkenaan untuk melawat anak perempuan, menantu dan dua cucu lelaki termasuk seorang yang sakit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Rosmah memohon untuk ke Singapura pada Khamis ini dan pulang semula ke Malaysia, enam minggu kemudian.
“Saya difahamkan pihak pendakwaan tiada bantahan permohonan itu dan pasport dipulangkan seminggu selepas anak guam pulang dari Singapura,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn, mengesahkan perkara berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azlida Alimin)

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd