Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Warga Indonesia Cemburu, Pasport Malaysia Kini Di Kedudukan Ke-9 Dunia

Susulan kedudukan pasport Malaysia yang naik beberapa anak tangga, ramai warganet dari Indonesia meluahkan rasa cemburu atas pencapaian ini disamping meluahkan kekecewaan mereka.

Menerusi satu hantaran di X, seorang warga maya dengan nama pengguna Marchfoward telah memuat naik berita membanggakan itu menerusi akaunnya.

Pasport Malaysia kini di kedudukan ke-9 dunia

Pasport Malaysia

Hantaran tular itu juga telah menarik perhatian ramai netizen terutama warga dari negara jiran yang rata-rata meluahkan rasa cemburu dengan pencapaian itu.

Menerusi ruangan komen, warganet dari Indonesia meluahkan rasa kekecewaan mereka kerana negara mereka sudah banyak ketinggalan berbanding dengan Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasport Indonesia masih primitif

Berat nak mengaku Malaysia lebih maju

Indonesia luas wilayah sahaja

Malah, ramai juga yang mula bersetuju dan meminta agar terus dihina kerana pembangunan yang ketinggalan atas harapan pemimpin di negara itu semakin sedar.

Artikel lain: Akui Beremosi & Terlanjur Kata, Kakak Pemandu Honda Jazz Mohon Maaf 

Warga Indonesia sampai ditahap terima hinaan dari warga Malaysia

Tolong terus cakap pasal keburukan negara kami

Terdapat juga yang meminta agar diberi kebenaran untuk berpindah ke Malaysia selepas melihat kemajuan yang telah dicapai negara ini.

Nak terima tak kami jadi warga di sana?

Sekadar info, kedudukan pasport Malaysia naik tiga anak tangga dan kini menduduki tempat kesembilan di seluruh dunia dan tempat kedua di ASEAN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, rakyat Malaysia bebas tanpa visa untuk masuk ke 183 buah negara lain, antaranya Albania, Algeria, Brazil, Turkey, Singapura, Brunei dan banyak lagi.

Sumber: X Marchfoward

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd