Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pasangan ‘Pelangi’ India Umum Bakal Timang Anak, Jangka Kelahiran Mac Depan

Pasangan transgender India mengejutkan ramai apabila berkongsi ‘khabar gembira’ kepada semua menerusi Instagram dengan memaklumkan bakal menimang cahaya mata pertama bulan depan.

Suami yang hamil ye!

Ziya Paval berkongsi berita tersebut di media sosial apabila ‘suaminya’ sedang sarat hamil dan bakal melahirkan tidak lama lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Deepa Rani Sivankutty (@deeparanis02)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi laporan dari India Today, Zahhad merupakan lelaki transgender yang pertama hamil di India. Dia yang bertugas sebagai akuantan mengakui teruja dengan kehamilan tersebut.

Masing2 tukar jantina

Sebenarnya, pasangan yang sudah menukar jantina masing-masing itu pernah merancang untuk mengambil anak angkat namun permohonan mereka ditolak memandangkan mereka adalah transgender.

Disebabkan itu, mereka merancang untuk mendapatkan anak secara biologi kerana bagaimana cara sekalipun Zahhad adalah seorang wanita dan mempunyai rahim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepasukan doktor dari Kolej Perubatan Kozhikode mengesahkan tiada sebarang cabaran fizikal yang dihadapi mereka untuk mendapat zuriat kerana kedua-duanya menjalani transformasi jantina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zahhad telah dilahirkan sebagai wanita sebelum menukar jantina menjadi lelaki, manakala ‘isterinya’ adalah lelaki yang merubah penampilan menjadi wanita.

Sumber: India Today

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Nasional

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa tidak melibatkan institusi itu. Ketua...

Lokal

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga anggotanya dalam siasatan berkaitan pengurusan dana...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan segera menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space yang didakwa mengandungi unsur berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd