Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pasangan Indonesia Jadikan Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin

Selain di Malaysia, negara jiran, Indonesia juga sedang dilanda ‘demam’ Coldplay apabila masing-masing masih heboh bercerita tentang konsert band dari United Kongdom itu yang akan hadir ke Malaysia dan Indonesia dalam siri jelajah Asia November nanti.

Tiket konsert tersebut menjadi begitu berharga bagi sesetengah penggemar sehingga ada video tular menunjukkan lafaz akad nikah yang berlangsung di Indonesia menggunakan tiket Coldplay sebagai mas kahwin.

Tiket Coldplay sebagai mas kahwin

Menerusi video yang dikongsikan oleh @rhfndtaaa di Twitter, dia memaklumkan yang saudaranya telah memberikan tiket Coldplay bersama dua lagi hantaran iaitu satu set kelengkapan solat dan juga 21 gram emas sebagai mas kahwin buat isterinya.

“Saya nikahkan dan kahwinkan anak kandung saya, Anastasya Ayu Widiadana dengan kamu dengan mas kahwin 21 gram logam mulia (emas), satu set persalinan solat dan tiket Coldplay yang dibayar tunai.
Saya terima nikah Anastasya Ayu Widiadana dengan mas kahwin tersebut secara tunai,” lafaznya.

Walau bagaimanapun, pengguna Twitter terbabit tidak mendedahkan lokasi asal majlis pernikahan tersebut dan pasangan yang bernikah itu.

Difahamkan,  Coldplay akan mengadakan jelajah Music of The Sphere World Tour (MOTSWT) pada 15 November ini di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta diikuti pada 22 November 2023 di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Sumber: Twitter @rhfndtaaa 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Lokal

Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar tingkatan empat yang dipercayai terjatuh dari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd