Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PAS Ucap Selamat Hari Krismas Buat Penganut Kristian

Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ucap Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia dengan harapan sambutan tahun ini akan berjalan dengan selamat dan lancar.

Foto: malaysiakini

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Takiyuddin menyatakan komuniti Kristian sebagai penganut agama ketiga terbesar di Malaysia yang menyumbang kepada kepelbagaian budaya negara dan pembentukan jati diri masyarakat yang lebih matang.

“PAS meraikan dan menyambut baik aspek pengayaan pengalaman itu dan kesan positifnya ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang lebih berkualiti dan bermoral bersandarkan nilai-nilai keagamaan yang luhur dan suci,” katanya hari ini.

Artikel lain: Niat Jahat Sunting Video Ucapan Takiyuddin, PAS Teliti Tindakan Undang-Undang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Parti itu menekankan persamaan antara Islam dan Kristian yang berakar daripada agama Ibrahimiyyah, yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih baik.

PAS mengetengahkan beberapa persamaan antara kedua-dua agama termasuk kepercayaan monoteisme, perkongsian para Nabi dan Rasul, kedudukan mulia Maryam, kehidupan selepas mati, serta amalan berpuasa dan sedekah.

PAS Ucap Selamat Hari Krismas

PAS Sampaikan Ucapan Selamat Hari Krismas

Menurut PAS, penggemblengan kekuatan moral kedua-dua komuniti agama ini mampu memainkan peranan penting dalam membentuk dunia yang lebih aman dan bebas daripada pelbagai masalah sosial dan ketidakadilan.

Sumber: Facebook Takiyuddin Haji Hassan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd