Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PaparJalur Gemilang Secara Tak wajar Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang -AGC

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengingatkan orang ramai bahawa sebarang kesalahan berkaitan pemasangan atau pemaparan Jalur Gemilang secara tidak wajar sehingga menimbulkan kekeliruan, salah faham atau kegusaran awam boleh dikenakan tindakan undang-undang.

jalur gemilang

Semua pihak perlu menghormati Jalur Gemilang

Menerusi kenyataan dibuat, AGC menegaskan semua pihak perlu bertanggungjawab menghormati bendera Malaysia sebagai simbol kedaulatan negara, selain mematuhi undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa berkaitan penggunaannya.

“AGC memandang serius sebarang perbuatan memaparkan, mengibarkan atau memasang bendera Malaysia secara tidak teratur atau tidak mengikut tatacara yang sepatutnya,” jelas kenyataan itu.

Artikel lain: Polis Terima 38 Laporan Kes Bendera Terbalik – “17 Di Pulau Pinang, 21 Lagi Negeri Lain..”

Beberapa kes Jalur Gemilang dipaparkan secara tak wajar tular

Antara kejadian yang dilaporkan termasuk pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang; pemasangan bendera terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan; paparan bendera Malaysia yang tidak lengkap dalam buku laporan keputusan SPM 2024; serta paparan bendera tidak lengkap di akaun media sosial rasmi milik beberapa akhbar tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

AGC turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri terhadap mana-mana individu yang disyaki terlibat.

“Ia termasuk menyerbu premis pihak disyaki, menularkan maklumat peribadi atau membuat tuduhan melulu di media sosial, mencetuskan provokasi atau ugutan terhadap individu atau organisasi terlibat, serta mengambil alih peranan pihak berkuasa seperti mengarah penurunan bendera atau menyita bahan terlibat tanpa kuasa undang-undang.
Segala aduan atau maklumat berkaitan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya.

jalur gemilang

Sumber: Facebook Jabatan Peguam Negara (AGC)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd