Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kereta Singapura Isi RON95 Di Johor, KPDN Siasat Selepas Video Tular

Tular sebuah rakaman video berdurasi 20 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Singapura mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Taman Sierra Perdana, Plentong, pada awal pagi semalam.

Isi minyak RON95 awal pagi

Menurut laporan Malaysia Gazette, insiden yang berlaku kira-kira pukul 3.55 pagi itu mencetus rasa tidak puas hati orang ramai kerana RON95 hanya diperuntukkan kepada rakyat tempatan, manakala kenderaan asing diwajibkan menggunakan RON97.

RON95

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo mengesahkan pihaknya menerima aduan berhubung perkara tersebut dan siasatan segera sedang dijalankan.

Artikel lain: Kereta Singapura Isi RON95, Siap Masuk Dalam Tong Plastik Disiasat KPDN Johor

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pasukan penguat kuasa telah dihantar ke lokasi bagi menyiasat. Jika terbukti ada kecuaian di pihak pengusaha stesen minyak, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Video berkenaan turut memperlihatkan perakam menegur lelaki tersebut agar menggunakan RON97 sebagaimana yang telah ditetapkan.

Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu selain mempersoalkan aspek penguatkuasaan undang-undang.

Sebelum ini, ketika pelancaran inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) di Johor, Lilis Saslinda menegaskan pihak KPDN akan mempertingkat pemantauan terutama di stesen minyak berhampiran sempadan Johor-Singapura bagi mengelakkan warga asing mengambil kesempatan.

RON95

Bagaimanapun, katanya, penguat kuasa tidak mampu ditempatkan di semua lokasi dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat jika mengesan sebarang pelanggaran larangan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd