Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

NRES Arah MET Malaysia Tambah Baik SOP Amaran Cuaca

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian (NRES) arah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengarahkan jabatan itu untuk kaji dan tambah baik  SOP Penyediaan dan Penyebaran Maklumat/Nasihat/Amaran Cuaca.

Menerusi satu kenyataan, Menteri NRES, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau mengambil maklum berkenaan MET Malaysia yang tidak mengeluarkan amaran cuaca.

NRES arah MET Malaysia tambah baik SOP amaran cuaca

Foto: Bernama

“Saya mengambil maklum laporan media yang menyatakan MET Malaysia tidak mengeluarkan amaran cuaca disebabkan ramalan yang telah dikeluarkan lima hari terdahulu adalah masih lagi efektif.
“Justeru, saya telah mengarahkan MET Malaysia untuk mengkaji semula SOP Penyediaan dan Penyebaran Maklumat/Nasihat/Amaran Cuaca supaya ia dapat dikeluarkan dengan lebih kerap apabila cuaca dijangka akan menjadi ekstrem dan melampau,” katanya.

Dalam pada itu, NRES juga mengarahkan MET Malaysia untuk menambah baik aspek komunikasi dalam penyebaran maklumat dan amaran cuaca yang lebih efektif.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini bagi memastikan orang awam lebih cakna terhadap keadaan cuaca semasa dan sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Foto: Bernama

Sementara itu, Fasa Peralihan Monsun telah bermula minggu ini dan akan berterusan sehingga awal November 2024 dan ia menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 17 Mei 2024.

Semasa fasa Peralihan Monsur, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah dan ia boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

Situasi ini terutamanya akan berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta Barat dan tengah Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Foto: Utusan

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial ramsi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd