Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Noor Azman Tak Salah, Kembali Galas Tanggungjawab Setiausaha Agung FAM

Noor Azman Tak Salah

Penggantungan Datuk Noor Azman Rahman sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah tamat, sekali gus membolehkan beliau kembali menggalas tanggungjawab itu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat mereka pada 7 Januari lalu selepas meneliti keseluruhan fakta dan laporan berkaitan kes berkenaan.

Noor Azman Tak Salah

“Saya berterima kasih kepada semua pihak atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.
“Fokus saya kini adalah untuk memacu FAM ke arah pentadbiran yang lebih cekap dan berintegriti,” katanya Noor Azman.

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 22 Disember 2025 telah meneliti laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) dan memutuskan penggantungan Noor Azman berkuat kuasa sejak 17 Oktober 2025, bagi membolehkan kes tersebut dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan lanjut.

Artikel lain: Isu Dokumentasi : FAM Sahkan Setiausaha Agung Digantung Tugas Serta-Merta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu mengambil kira tempoh penggantungan yang telah dilalui serta laporan IIC bertarikh 15 Disember 2025 sebelum membuat keputusan muktamad.

Keputusan terbaharu itu juga menjelaskan bahawa Noor Azman hanya didapati terlibat dalam isu kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terbabit dalam sebarang pemalsuan dokumen seperti yang pernah didakwa sebelum ini.

Sumber: FAM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd