Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nikita Mirzani Teman Kekasih Bersunat, Syukur Tiada Paksaan

Nama pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani tidak pernah ‘senyap’ daripada gosip hiburan terutama selepas ‘berani mati’ membuat pengakuan tetap solat walaupun berzina bersama kekasihnya, Antonio Dedola.

Terbaharu, aktres berusia 36 tahun itu meluahkan kesyukuran setelah Antonio membuat keputusan untu bersunat sejurus selepas memeluk agama Islam pada 23 Januari lalu.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Nikita menerusi rakaman sebuah video di platform YouTube yang memaparkan mereka berdua berkunjung ke sebuah pusat perubatan untuk bersunat.

Dalam video tersebut, Nikita dilihat menemani kekasihnya sepanjang sesi rawatan berkhatan itu dilakukan, baik dari segi mendengar prosedur dan kesan-kesan selepas ‘selesai potong’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Nikita, tiada paksaan dikenakan terhadap kekasihnya, sebaliknya lelaki itu membuat keputusan sendiri atas faktor kesihatan.

“Itu kemahuannya sendiri sleepas bergelar mualaf. Dia minta untuk bersunat, selain demi kesihatan,”ujarnya.

Sementara itu, Nikita menegaskan Antonio memeluk agama Islam bukanlah semata-mata mahu berkahwin dengannya, sebaliknya atas kemahuan sendiri mendalami agama.

View this post on Instagram

A post shared by Nikita Mirzani (@nikitamirzannimawardi17)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Nikita mengakui dirinya memang sengaja menjadi ‘jalang’ demi kekasihnya selepas menjawab kecaman netizen yang menghinanya sebagai seorang pelacur. Jelasnya, dia sendiri merelakan diri menyerahkan tubuh buat kekasihnya dan ia tiada masalah.

Mereka berdua juga masih tinggal bersama walaupun tanpa ikatan sah sebagai suami isteri.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Nikita Mirzani 🌹 (@nikitamirzanimawardi_172)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd