Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Niat Bantu Mangsa Kemalangan, Wanita Maut Dirempuh Treler Dalam Nahas Lima Kenderaan

Niat murni empat sekeluarga untuk membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila mereka dilanggar sebuah treler dalam insiden membabitkan lima kenderaan di Jalan Kampung Kayan, di Manjung, pada Rabu.

Wanita maut ketika bantu mangsa kemalangan lain

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 8.25 pagi itu, dua individu disahkan maut di lokasi kejadian, masing-masing Aida Zuriana Abdullah, 40, dan pemandu treler, Muhammad Hashim Yamah, 38.

bantu mangsa kemalangan

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di Kilometer 32 Jalan Teluk Intan–Sitiawan, melibatkan sebuah treler, dua motosikal, sebuah pacuan empat roda dan sebuah kereta.

Artikel lain: Isteri Maut, Suami Cedera Kereta Terbabas Langgar Tembok Pembahagi Jalan

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya.
bantu mangsa kemalangan

Foto: Sinar Harian

Beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Perak Tengah, Inspektor Mohd Hairy Baharuddin di talian 014-5654565.

Terdahulu, Aida Zuriana bersama suami dan dua anak perempuan masing-masing berusia tiga dan enam tahun dikatakan berhenti di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
bantu mangsa kemalangan

Foto: Sinar Harian

Namun, sebuah treler dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan yang berhenti di laluan kecemasan.

Nahas tersebut mengakibatkan Aida Zuriana dan pemandu treler meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua anaknya cedera parah dan kini dirawat di Hospital Seri Manjung. Suami mangsa berusia 33 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd