Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Netizen Persoal Faiz Soul Jual Donat Seketul RM10 – “Sekarang Orang Boleh Faham, Pendidikan Penting..”

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen.

Donat kosong seperti didakwa netizen itu yang hanya dihiasi dengan sekeping keju dan ditambah dengan sos caramel drizzle, malah dikatakan sebagai terlalu mahal untuk apa yang ditawarkan.

Faiz Soul jual donat seketul RM10

Faiz Soul jual donut

Menerusi sebuah video dikongsi Faiz, pemuda berkenaan menunjukkan proses menghasilkan donat yang dijual namun pada masa sama, dia telah meminta maaf sekiranya harga ditetapkan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Faiz Soul jual donut

Faiz Soul jual donut

Faiz Soul jual donut

Video promosi berdurasi 37 saat itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isu Kelayakan SPM: Faiz Soul Ajak Berdamai, Hargai Permohonan Maaf Dr. Malar

Seorang pengguna menulis, “Sekarang orang boleh faham kenapa pendidikan yang betul itu penting. Bahkan nak buat bisnes pun kena pandai…” tulis @atyrarazak.

Beberapa pihak juga menyorot promosi cabutan bertuah RM5,000 yang disertakan dengan pembelian donat. “Bro tengah promosi perjudian di bulan Ramadan,” dakwa seorang pengguna, mengecam kaedah pemasaran yang dianggap tidak sesuai.

Faiz Soul jual donut

Komen lain membandingkan harga dan kualiti donat dijual Faiz dengan jenama terkenal lain. “Rupanya pun nampak kering. RM10 memang mahal,” tulis seorang lagi netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Faiz Soul jual donut

Manakala seorang lagi menambah, “Tolonglah semua, jangan jadi penyokong sangat sampai beli RM10 untuk satu biji donat. Donat kosong, dengan sekeping keju dan sedikit sos caramel je, saya rasa?? Boleh dapat yang sama daripada kedai lain dengan harga bawah RM10??”

Faiz Soul jual donut

Dalam banyak komen, netizen seolah-olah bersetuju bahawa ramai yang terpengaruh untuk membeli walaupun nilai produk tidak setimpal. “Yang bodoh ramai beli,” tulis seorang lagi pengguna, merujuk kepada trend membeli demi populariti atau status semata-mata.

Faiz Soul jual donut

Sumber: Threads @nara_arliza1

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd