Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Netanyahu Tampil Dalam Video Minum Kopi, Tepis Khabar Angin Kematian

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tampil dalam sebuah video memaparkan dirinya sedang menikmati kopi di sebuah kafe di pinggir Baitulmaqdis pada Ahad, lapor Reuters.

Ia muncul selepas tular dakwaan bahawa beliau telah meninggal dunia atau cedera, seperti dilaporkan oleh media kerajaan Iran sebelum tersebar meluas di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit itu, Netanyahu kelihatan bersantai sambil menikmati secawan kopi dan berbual mesra dengan pembantunya.

Malah, pembantunya turut bertanya khabar angin yang mendakwa beliau sudah meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Netanyahu menjawab dengan nada gurauan menggunakan permainan kata “dead”, yang dalam slanga Ibrani boleh merujuk kepada rasa terlalu teruja atau minat mendalam terhadap sesuatu, sambil masih meneguk kopinya.

Saya suka kopi, awak tahu apa? Saya gilakan rakyat saya. Cara mereka bertindak, fantastik,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan operasi ketenteraan Israel sedang giat dijalankan di Iran dan Lubnan.

Kami melakukan perkara yang saya tidak boleh kongsi sekarang, tetapi kami melakukan operasi yang kuat di Iran juga hari ini, dan di Lubnan,” ujarnya.

Terdahulu, klip video kemunculan Netanyahu ketika berucap menjadi tanda tanya apabila jari kirinya didakwa mempunyai enam anak jari sekali gus mengundang spekulasi kononnya rakaman tersebut adalah hasil kecerdasan buatan (AI).

Sumber: Reuters, Instagram Benjamin Netanyahu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd