Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nepal Beri 5 Hari Lagi Untuk SAR Hawari Sebelum Puncak Everest Ditutup

Nepal telah memberikan tambahan lima hari lagi untuk Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33 yang dipercayai hilang pada 19 Mei lalu.

Ada waktu 5 hari lagi

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Misi ME2023 yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak, 33, memaklumkan yang pihak berkuasa Nepal menutup aktiviti mendaki ke puncak Everest bermula hari ini.

Namun, atas bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal, pihaknya telah mendapat lanjutan tempoh lima hari bagi meneruskan misi SAR  Hawari.

“Misi SAR ini dijangka bermula esok dan ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa kastam negara itu yang masih belum memberi pelepasan kepada satu dron yang dihantar melalui kargo dari Malaysia pada Sabtu lalu.
“Sekiranya mendapat pelepasan kami akan bertolak esok dari Kathmandu ke Kem Dua menggunakan helikopter bagi menyambung misi SAR,” katanya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Hawari Warie (@hawariwarie)

Difahamkan, misi SAR itu akan menggunakan dua dron berteknologi tinggi membabitkan seorang pendaki, Tiong Ling Yang, 30; Pengurus Pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharuddin, 30, dan seorang malim gunung yang berpusat di Kem Dua kawasan pergunungan itu.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd