Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nelayan Nekad Tangkap Buaya Tembaga Di Perairan Pantai Siring

Seorang nelayan memberanikan diri bertindak menangkap seekor buaya tembaga yang berkeliaran di kawasan perairan Pantai Siring, Kampung Pulai, Serkam, Melaka pagi tadi.

Menerusi satu laporan Harian Metro, nelayan berkenaan, Azri Bodot berusia 44 tahun memberitahu dia nekad menangkap buaya berukuran kira-kira lima meter itu selepas rakan-rakannya memaklumkan bahawa mereka ternampak kelibat reptilia di pantai berkenaan pada jam 8 pagi.

Foto: Media Sosial

“Saya dimaklumkan, setiap kali rakan cuba mendekatinya, ia akan mengangkat kepala dan kadang-kala cuba mengejar perahu mereka,” katanya.

Dia juga berkata sebelum ini buaya tersebut hanya melintasi perairan Pantai Siring menuju Sungai Kesang atau Kuala Linggi, namun reptilia itu seakan-akan telah menjadikan kawasan sekitar jeti nelayan sebagai tempat berehat sekali gus membahayakan orang-orang di sekitar kawasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun selepas memikirkan soal keselamatan nelayan lain serta pengunjung Pantai Siring, saya memberanikan diri mendekati haiwan berkenaan dan menangkapnya menerusi bahagian ekor sebelum mengikatnya dengan tali,” ujarnya.

Foto: Media Sosial

Azri turut memberitahu buaya itu meronta berkali-kali sehingga menggigit dan menyebabkan kerosakan di perahunya ketika dia bersama beberapa orang rakan cuba mengikat bahagian tubuh reptilia tersebut.

“Bagaimanapun, dengan bantuan rakan nelayan lain, saya berjaya membawa buaya itu ke daratan sebelum menghubungi pihak berkuasa,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Melaka memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 12.04 tengah hari sebelum mengerah tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau ke lokasi.

“Setiba di lokasi, haiwan terbabit sudah ditangkap oleh nelayan dan operasi terkawal.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak kami mendapatkan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Perhilitan turut mengesahkan Pantai Siring, Kampung Pulai sering dijadikan sebagai laluan beberapa jenis buaya tembaga seperti spesies `Crocodylus porosus’ untuk ke habitatnya di muara sungai sekitar Selat Melaka kerana menghubungkan air masin dengan air tawar.

Sumber: Harian Metro (Amir Mamat)

+ posts

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd