Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PETRA Anjur MYWATER 2025, Komited Urus Air Negara Secara Mampan & Bersepadu

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus menunjukkan komitmen memperkukuh pengurusan sumber air negara menerusi penganjuran Malaysia Water Forum (MYWATER) 2025 yang bertemakan “Memacu Pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu”.

MYWATER

Forum MYWATER 2025 himpun pelbagai pemegang taruh

Difahamkan, forum berimpak tinggi itu menjadi platform strategik menghimpunkan pelbagai pemegang taruh dari penggubal dasar hingga pakar industri  untuk bersama-sama menilai cabaran seperti pencemaran sumber air, agihan air tidak seimbang serta keperluan sistem amaran awal dan pengurusan air bawah tanah yang lebih berdaya tahan.

Penganjuran MYWATER 2025 selari dengan hala tuju global

Penganjuran MYWATER ini turut selari dengan hala tuju global seperti yang digariskan dalam Deklarasi Menteri World Water Forum ke-10, bagi memastikan pengurusan air dan sanitasi mampan dapat dicapai melalui tindakan inklusif, inovasi serta kerjasama antarabangsa.

Artikel lain: PETRA Luluskan 48 Projek Tenaga Boleh Baharu Bernilai RM1.87 Bilion

Advertisement. Scroll to continue reading.

PETRA memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) yang bukan sahaja menjamin bekalan air bersih dan menyokong ekonomi, tetapi juga berperanan penting dalam kelestarian alam sekitar dan keadilan akses kepada air.

Oleh itu, sebagai peneraju ASEAN bagi pembangunan garis panduan IWRM serantau, Malaysia turut komited menyokong pelaksanaan SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi) dan SDG 17 (Kerjasama Global) melalui Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040), sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat serta kelestarian masa depan.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd