Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

‘Uncle Cina’ Sebak, Murid-Murid PASTI Datang Ziarah Beri Hamper

Video seorang warga emas berbangsa Cina yang dilihat sebak apabila murid-murid dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) datang ziarah beri hamper dan bersalaman buatkan ramai menitiskan air mata.

Datang beri hadiah

Menerusi perkongsian video daripada PASTI Al-Fatah Limbongan, dapat dilihat yang murid-murid tersebut dibimbing guru mereka datang menemui ‘uncle Cina’ yang dilihat duduk dihadapan rumahnya sendirian.

murid-murid

Murid-murid PASTI buat warga emas sebak

Susulan daripada itu, murid-murid berkenaan datang menghampiri dan memberikan hamper kecil serta masing-masing berebut untuk bersalaman.

Dapat dilihat yang warga emas terbabit sebak sambil melambai tangan dari dalam pintu pagar rumahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Petah Sampaikan Khutbah, Murid PASTI Terima Pujian Ramai – “Terang Hati Mu, Wahai Anak”

Anak ucapkan terima kasih

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa sebak dan akui terharu dengan tindakan kecil kanak-kanak terbabit termasuk individu dipercayai ahli keluarga warga emas berkenaan.

Ada d iantara mereka menangis sama melihat momen tersebut lebih-lebih lagi menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Kita pun sebak sama

Semoga uncle sihat sentiasa

Mereka bagi limau tapi kepada macam ada yang potong bawang

Sumber: TikTok pasti_alfatahlimbongan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd