Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Muhyiddin Tegaskan Lagi Tiada Niat Hina Raja, Dakwa Ada Pihak Putar Belit Ucapan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan sekali lagi beliau tiada niat menghina institusi diraja semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Menurut satu laporan Kosmo!, Muhyiddin berkata, terdapat pihak yang memutar belit kenyataan termasuk menyunting video ucapan itu seolah-olah beliau menghina Yang Di-Pertuan Agong ke-16 serta menghasut rakyat supaya membenci raja.

Foto: Kosmo!

“Dalam kenyataan saya kepada pihak polis pada hari ini, saya telah menjelaskan tuduhan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan berniat jahat,” katanya.

Beliau menegaskan ucapannya ketika itu sememangnya fakta tentang penubuhan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selain bercerita mengenai kesusahan hidup rakyat disebabkan dasar-dasar kerajaan yang menekan orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya hanya menyatakan fakta mengenai 115 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15.
“Tidak ada sepatah pun dalam ucapan saya yang menghina raja atau mempertikai keputusan Yang Di-Pertuan Agong pada masa itu,” ujarnya.

Foto: Malaysiakini

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa perkara diucapkan semasa kempen itu telah berlaku hampir dua tahun lalu.

“Sepanjang tempoh itu juga, saya tidak pernah menghasut atau mengajak rakyat untuk menghina dan membenci institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.
“Saya juga tidak pernah menuntut untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sebaliknya tambah beliau, pada November 2022, saya telah mengeluarkan kenyataan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-10.
“Apa yang saya sebut dalam ucapan saya hanyalah fakta yang menjadi sebahagian daripada rekod sejarah,” jelasnya.

Foto: Malaysiakini

Terdahulu, beliau dilaporkan tiba di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Kuala Lumpur, kira-kira 10.30 pagi tadi bagi proses rakaman keterangannya kepada polis berkaitan dakwaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keterangannya itu diambil pegawai polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman selama hampir sejam.

Sumber: Kosmo! (Tuan Nurhidayah Tuan Ab.Ghani)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd