Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mufti Kelantan Tegur Cara Wanita Bertudung Promosi Pakaian Dalam, Saran Guna Patung

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir peniaga yang mempromosikan pakaian dalam dengan memakainya sendiri meskipun menutup aurat kerana disifatkan tidak selari dengan etika akhlak Islam.

Dari segi etika, ia tidak begitu sesuai

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan walaupun dari sudut aurat wanita terbabit dilihat mematuhi tuntutan syarak, kaedah promosi yang digunakan dianggap kurang sesuai dan berpotensi menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat.

“Dari segi etika, perkara itu tidak begitu sesuai kerana masyarakat sudah sedia maklum mengenai fungsi pakaian tersebut.
“Kalau mahu menunjukkan cara pemakaian sekali pun, masih ada pilihan lain seperti menggunakan replika atau patung peragaan,” katanya mengulas tindakan seorang wanita bertudung yang mempromosikan pakaian dalam menerusi media sosial.

Peniaga harus utamakan pendekatan lebih berhemah

Mohamad Shukri menambah, peniaga seharusnya mengutamakan pendekatan yang lebih berhemah dan tidak mencetuskan polemik ketika menjalankan aktiviti perniagaan.

Menurutnya, etika serta akhlak Islam perlu sentiasa dijadikan panduan dalam apa jua urusan termasuk pemasaran produk.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita pada setiap masa perlu patuh dan mengamalkan etika akhlak Islam dalam apa juga yang dilakukan,” katanya.

Beliau berpandangan tindakan memperagakan pakaian dalam dengan cara tersebut agak keterlaluan memandangkan masih terdapat pelbagai alternatif lain yang boleh digunakan untuk tujuan promosi.

Katanya, jika wanita berkenaan menutup aurat, mungkin tidak timbul isu besar dari sudut hukum, namun dari aspek kesesuaian dan adab, ia bukanlah pilihan terbaik.

Mohamad Shukri turut menasihatkan agar peniaga memilih kaedah yang tidak menimbulkan salah faham atau kontroversi dalam masyarakat.

“Kalau ada pilihan lain, saya nasihatkan supaya diberi keutamaan kepada kaedah yang tidak menimbulkan kontroversi dalam masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 30 saat memaparkan seorang wanita berpakaian menutup aurat memperagakan cara pemakaian pakaian dalam di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi dan kecaman daripada warganet.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd