Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Impian Tercapai, Mua Bellaz Bersyukur Dapat Jumpa Tun M – “Rezeki Anak Nelayan”

Usahawan dan jurusolek terkenal, MUA Bellaz meluahkan rasa syukur apabila dapat bertemu bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis makan malam eksklusif bertempat di Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Bersyukur dapat jumpa Tun M

Mua Bellaz Bersyukur dapat jumpa Tun M

Menerusi perkongsian di Facebook, Mua Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini turut tidak menyangka dapat bertemu figura hebat itu dan mengakui ia momen paling indah dalam hidupnya.

“Mana nak sangka rezeki hari ini boleh bergambar belakang Tun M. Ya Allah ,dulu masa kecil selalu tengok Tun dalam televisyen sahaja.
“Hari ini rezeki Anak tanjung dawai nelayan raikan momen bersama Tun M & Tun siti Hasmah,” kata Nabilah di Facebook, semalam.

Ibu kepada empat orang anak itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada suaminya, Anuar Muhammad yang sanggup membawanya ke Kuala Lumpur biarpun baru sahaja pulang daripada himpunan motosikal RXZ Members 7.0 di Kuala Terengganu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terima kasih Mat Nuart walaupun tak cukup rehat bawa juga isteri memenuhi impian rezeki momen ini bersama rakan-rakan.
“Sekiranya ada rezeki nanti nak minta Tun M tandatangan dekat Proton Saga Mat Nuart, insya-Allah,” jelasnya.

Artikel lain: Cucu Tun Mahathir Rugi RM1.8 Juta, Rumah Di Bukit Ledang Dipecah Masuk

Difahamkan, majlis makan malam itu bertujuan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke 100 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran pihak Negarawati.

Majlis tersebut diadakan pada 24 Ogos bermula 6.30petang hingga 11.00 malam di Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook Mua Bellaz

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Dua beradik yang sebelum ini mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Terengganu, menerima ‘balasan’ penuh bermakna apabila dihadiahkan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd