Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mr. H Tak Hadir Beri Keterangan, Identiti Kekal Misteri

Kontroversi video melibatkan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan lelaki bernama Wahid telah menjadi topik perbualan netizen susulan ada penglibatan Mr. H dikatakan sebagai dalang.

Kelibat tidak kelihatan

Sebelum ini, Mr. H dikhabarkan akan memberi keterangan kepada pihak polis pada hari ini sekitar jam 5.30 petang di Ibu Pejabat Polis Presint 11.

Kredit foto: Utusan

Mr. H difahamkan tidak hadir ke balai polis

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Harian Metro, kelibat Mr. H tiada dan individu terbabit dikatakan tidak hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, dia akan memberi keterangan pada esok namun lokasi dan waktu tidak dinyatakan. Berkemungkinan ia dilakukan di tempat lain.

KPN laporkan keterangan Mr. H akan diambil di Balai Polis Presint 11

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata keterangan Mr H akan diambil di Balai Polis Presint 11, Putrajaya.

Setakat ini seramai tiga saksi sudah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa saksi lain akan diambil keterangan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Pihak polis juga difahamkan belum menerima laporan dari pembantu pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, berhubung video perbualan lucah yang dikaitkan dengannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Wahab memaklumkan telah disuruh seseorang yang dikenali sebagai Mr. H untuk merakam perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Walau bagaimanapun, dia mendakwa perbualan tersebut bukan seperti rakaman yang tersebar dan mengatakan ia telah diedit.

Sumber: Harian Metro (Samadi Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd