Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Motosikal Bertembung Dengan Kereta, Dua Beradik Maut Depan Sekolah

Dua beradik maut depan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh selepas motosikal bertembung dengan kereta di Kilometer 45 Jalan Hutan Melintang – Bagan Datuk, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku jam 7 pagi yang membabitkan pelajar sekolah menengah iaitu Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah Abdullah, 13.

Dua beradik maut depan Sekolah

Artikel lain: Dua Beradik Ditemui Rentung -“Ibu Bapa Tiada Di Rumah”

Difahamkan, kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muar yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri memaklumkan motorsikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang Lutfil bergerak dari arah pekan Bagan Datuk menghala ke Hutan Melintang telah dirempuh oleh kereta jenis Perodua Viva.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki memotong dengan memasuki laluan bertentangan dan terus bertembung dengan kereta jenis Perodua Viva dipandu wanita berusia 28 tahun.
“Nahas mengakibatkan adik-beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu wanita mengalami kecederaan ringan.
“Mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hanif Ghazali di talian 013-8211978 atau 05-6122222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd