Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

MoH Singapura Akui ‘Pantau’ Doktor Dari Malaysia Untuk Direkrut

Kementerian Kesihatan Singapura (MoH Singapura) mengesahkan bahawa doktor dari Malaysia sememangnya berada dalam senarai negara sumber yang dipantau untuk direkrut bagi memenuhi keperluan sektor kesihatannya.

MOH Singapura

sekadar gambar hiasan

MoH Singapura turut ambil doktor dari beberapa negara

Memetik laporan daripada Berita Harian, menterinya, Ong Ye Kung, menyatakan mereka turut mengambil doktor dari negara lain seperti United Kingdom (UK) dan India, namun jumlahnya kecil kerana majoriti tenaga kerja perubatan negara itu masih terdiri daripada rakyat tempatan.

Kita kini mempunyai tiga sekolah perubatan. Dahulu, Universiti Nasional Singapura (NUS) adalah satu-satunya institusi tetapi bilangannya tidak mencukupi untuk melahirkan doktor. Jadi kita menubuhkan sekolah perubatan lepasan ijazah bersama Universiti Duke-NUS.
“Kita juga menubuhkan satu lagi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dengan kerjasama Imperial College. Jadi, tiga sekolah perubatan nasional ini menghasilkan kira-kira 550 doktor setiap tahun.
“Selain itu, ramai warga Singapura yang tak mendapat tempat di sekolah perubatan tempatan memilih melanjutkan pengajian di luar negara. Kita mahu mereka kembali berkhidmat.
“Namun begitu, dari semasa ke semasa, kita memang merekrut doktor dari luar negara merangkumi pelbagai sumber, ada dari UK, India dan Malaysia. Mereka hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan,” katanya.

Artikel lain: Tular MoH Singapura ‘Turun’ KL, Mahu Rekrut Doktor & Jururawat Dengan Gaji Lumayan!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan Menteri MoH Singapura selari dengan penjelasan Dr Dzulkeflly

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai dakwaan bahawa Singapura sedang cuba merekrut doktor pakar dan jururawat dari Malaysia.

Respons itu turut selari dengan penjelasan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang sebelum ini memaklumkan rakan sejawatnya menafikan pembabitan kerajaan Singapura dalam rekrut tersebut, sebaliknya menyatakan ia dilakukan oleh agensi swasta.

“Beliau sendiri menyebut kepada saya dan rasa terkilan,” kata Dr Dzulkefly sambil menegaskan libat urus akan diteruskan bagi menangani isu berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd